SHAH ALAM  – Program Nothing To Hide 2.0 anjuran PPBM dianggap memalukan dalam sejarah politik negara ini apabila dicemari dengan insiden kekecohan melampau dipercayai dicetuskan oleh individu tertentu yang dipercayai penyokong parti itu. 

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 5.30 petang ini selepas Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad sedabg memberikan penjelasan mengenai isu Memali yang dikataoan telah mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan hadirin.

Selain itu, selain insiden memaki hamun, kekecohan turut disusuli dengan tindakan membaling botol, kasut serta membakar suar oleh individu tertentu ke arah Mahathir yang menyebabkan hadirin bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri.

Bagaimanapun, Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman enggan mengakui insiden tersebit dicetuskan olrh penyokong PPBM sebaliknya mendakwa ia ada kaitan dengan unsur-unsur-unsur sabotaj.-

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY