SELAYANG – Kira-kira 100 pemuda dalam kawasan Selayang berkonvoi ke Perak bagi menyemarakkan bulan kemerdekaan negara.

Pelepasan konvoi berkenaan di sempurnakan Pengerusi Yayasan Jamin, Datuk Sohaimi Shahadan yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Program anjuran badan bukan kerajaan (NGO) Kelab Fiona itu adalah bertujuan untuk menyemai semangat patriotik dalam kalangan anak muda.

Sementara itu Sohaimi berkata, pihaknya menyokong penuh program berkenaan yang cukup bermakna dalam menyuntik semangat nasionalisme.

“Kita perlu mengikut perkembangan dan selera anak muda selagi mana ia tidak bertentangan dengan prinsip dan undang-undang.

“Melalui program sebegini berkonvoi secara berdisiplin, kita bukan saja mampu menyemarakkan bulan kemerdekaan, malah menyedarkan masyarakat tentang pentingnya semangat patriotisme.

“Saya berharap mereka menyampaikan mesej kemerdekaan selain menjadi contoh kepada masyarakat untuk menyemarakkan kempen kibar Jalur Gemilang,” katanya.

Sohaimi berkata, selain konvoi berkenaan, Yayasan Jamin juga turut mengagihkan Jalur Gemilang kepada masyarakat sekitar Selayang melalui program mereka.

 

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY