Oleh : Wan Nadiah

GOMBAK – “Jangan sampai ludah jatuh ke muka sendiri”, itu amaran kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dan ADUN Chempaka, yang juga Exco Selangor, Datuk Iskandar Samad.

Koordinator Barisan Nasional (BN) DUN Batu Caves Senator Datuk Megat Zulkarnain berkata demikian mengulas sikap melatah azmin dan Iskandar yang mempersoalkan mengapa Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar terlalu memberi tumpuan untuk menyelesaikan masalah rakyat Selangor akhir-akhir ini?FB_IMG_1497889743187

“Dia (Azmin dan Iskandar) tidak boleh tanya mengapa Tan Sri turun ke Selangor. Jika tidak ada masalah di Selangor, Tan Sri tak akan turun.

“Di Taman Samudera, air kumbahan dah masuk ke dalam pintu rumah. Tak kan Ahli Parlimen Gombak tak tahu? Takkan wakil mereka tak ada di blok itu? Mustahil. Apa yg dia buat? Dia tak buat apa-apa.

“Tak kan kita pemimpin BN hanya tengok sahaja benda itu berlaku? Sebab itu bila saya utarakan pada Tan Sri, tanpa fikir dua kali, beliau kata ‘saya akan datang dan kita akan selesaikan’,” ujarnya kepada Selangorpost.

Azmin dan Iskandar sebelum ini mempersoalkan tindakan Noh dan menuduh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor itu sebagai sengaja meraih populariti, memandangkan pilihan raya umum semakin dekat.

Mengulas lanjut Megat berkata Azmin dan Iskandar kini bimbang apabila rakyat mula memilih BN untuk mengadu masalah seharian mereka.

“Bila dia melatah menampakkan dia rasa ketakutan. Pada saya dia rasa tak selesa. Mereka risau bila tengok Tan Sri Noh turun ke bawah dan selesaikan masalah rakyat,” katanya lagi.

Noh sebelum ini meluluskan jutaan ringgit peruntukan untuk membantu sama ada mengecat semula bangunan perumahan yang sudah terlalu uzur, menukar bumbung yang sudah rosak, menukar tangki air di beberapa perumahan flat serta menukar lif baru bagi flat yang sudah bertahun lamanya rosak.

Sementara Koordinator BN DUN Batu Caves, Rawisandran Narayanan berkata penduduk di kawasan seliaan Azmin tiada pilihan lain dengan meminta bantuan daripada kerajaan Persekutuan.FB_IMG_1497889682555

Ujarnya, kerajaan negeri gagal bertindak balas pada masalah rakyat DUN itu hingga terpaksa menjemput Noh turun padang dan meninjau masalah yang membelit mereka selama ini.

“Negeri ini diperintah PKR lapan tahun. Banyak kawasan perumahan kos rendah dan sederhana rendah terbiar. Tiada penyelenggaraan yang diusahakan kerajaan negeri.

“Maka kita tiada pilihan lain melainkan mengadu pada KPKT, dibawah Tan Sri Noh. Sebab itu kita minta Tan Sri turun terutama di kawasan Batu Caves. Walaupun diperintah oleh Exco dan Ahli Parlimennya pula menteri besar, anda tengok keadaannya sendiri, hampir 18 rumah flat kos rendah dan sederhana, 70 peratus daripadanya tiada penyelenggaraan.

Rawisandran kemudiannya menzahirkan rasa kecewanya kepada kepimpinan Azmin yang padanya ibarat ‘kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan’.

“Saya sendiri tak boleh percaya bagaimana dia uruskan satu Selangor. Kita dah beri mandat lapan tahun. Sepatutnya Gombak sendiri jadi contoh.

“Tapi Gombak sendiri tak ada kemajuan, maka kita tiada pilihan lainlah. Nasib baik Perdana Menteri lantik Tan Sri Noh jadi Menteri KPKT. Kalau tidak tumpuan tak akan dibuat pada kami,” ujarnya lagi.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY